PMS - Seberapa kaum Adam memahami tentangnya?

Apa itu PMS ?
PMS ni nama pendek untuk PreMenstrual Syndrome. 5 million daripada 40 million orang yang bermasalah PMS ini, memerlukan rawatan susulan doktor pakar kerana mereka berdepan dengan perubahan sikap dan tingkah laku yang melampau dan tidak boleh di kawal. percaya tak ? PMS ni serius jugak tau.
Seteruk mana sakit PMS ?
PMS juga mempunyai simptom-simptom tertentu. setiap orang, berbeza-beza simptom die. antara simptom die - tekanan, cepat marah, cemas, konfius, kurang bersosial, breast sakit(biase la ni), sakit bahagian bawah perut, pening, migrain, kadang kala demam, tangan dan kaki berpeluh serta menggeletar, muntah-muntah, loya, cirit-birit, masalah jerawat, menangis tiba-tiba, senang rasa sakit hati, perasaan sukar dikawal, clumsy, senang terlupa, takut, cuak, rasa ingin mengunyah makanan walaupun kenyang - kebiasaannya kerepek atau benda manis, kenaikan berat badan. malah ade yang lebih teruk sehingga tidak boleh bangun berjalan ataupun sakit sehingga pengsan.
Bagaimana rasa sakit PMS ?
Sakitnya memang tidak boleh digambarkan. Rasa kejang di bahagian bawah perut, serta lenguh di pinggang berikutan lenguh di betis, peha dan jari-jari kaki.
Apa Punca PMS ?
Punca sebenar PMS masih tidak dapat diketahui. Cuma mereka boleh katakan ia disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, juga tidak diketahui mengapa sesetengah wanita mengalami PMS, sesetengah wanita tidak mengalami PMS langsung, dan sesetengah wanita mengalami PMS di tahap yang kritikal. Hormon estrogen wanita akan meningkat selepas mestruasi dan tahap nya tinggi dalam pertengahan putaran haid. tahap itu akan jatuh sedikit demi sedikit dan kemudian meningkat kembali sebelum jatuh dengan mendadak sebelum menstruasi akan datang. ketika ini, dinding rahim akan menebal. jika tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan menipis dan darah haid keluar. semasa dinding rahim itu menebal, ketika itu lah rasa PMS akan tiba.
Cara untuk mengurangkan PMS ?
1 ) Anda boleh mengambil beberapa vitamin yang berguna. antaranya :
- Multivitamin dengan vitamin B6, B Complex, Magnesium, Vitamin E, Vitamin C
- Jika boleh dapatkan "EVENING PRIMROSE OIL" elok jugak. aku pernah amalkan bende ni. tapi skarang dah stop dah. "EVENING PRIMROSE OIL" ini memang elok untuk wanita. ia juga boleh mengurangkan jerawat.
2) Eksersais juga berguna kerana ia akan mengurangkan kadar tekanan dan tension kite. eksersais la 3 kali seminggu, 20 - 30 minit.
Eksersais yg dicadangkan pakar :
- Aerobik, berjalan, jogging, berbasikal, berenang dan macam2 lagi lah ikut suke korang. hehehe.
video ni khas tuk kaum adam memahami kaum hawa macam mane nak layan gf anda-anda sekalian dikala mereka mengalami PMS. dan.. pandai-pandai la phm kenape gf anda tetibe marah anda tak tentu pasal. wakakaka.
SELINGAN
"nadia(bukan nama sebenar), macam mane rase sakit nak beranak ek ?"
"alah. macam PMS lah. tapi 9 kali gande lagi."
"wah !! sakit nye !!"
(mungkin kerana itu lah Allah memberi rasa PMS kepada kaum hawa tiap-tiap bulan sebagai persediaan menghadapi rasa sakit bersalin)

Comments
huda : haaaa. betul la statement aku tu.
tu sebenarnye dialog antara aku dan kakak aku.
hehehehehehhe.