hari isnin aku masih cuti. aku nak tengok muvie. untung mak pak tak de kat umah. yahuuu !
gruushhh gruuusshhh. aku mandi.
"tok tok tok tok", pintu bilik aku diketuk.
"ye pak...(eh, da balik ke?)", sedikit geram kerana tidak dapat meneruskan niat muvie 2012 aku.
lagi sekali aku ketinggalan.
"pak nak gi umah abang nuar. kak ani kene rasuk", pintas bapak aku.
"yeke pak ?! nak aya tolong ? aya siap jap", dengan pantas, aku capai ape yang boleh membaluti tubuh bogel aku.
tanpa mekap. simple. "jom pak ! mak mane ?".
-------------------------------------------------
"mane kak ani?", pertanyaan aku disambut oleh kakak ipar kak ani. "ade tidur kat dalam".
"jom pak".
bapak aku mengejut kan kak ani. mata nya lemah. letih melawan makhluk ghaib itu.
"kak ani, sedar tak ?", aku cuba memecah lamunan sayu kak ani.
"sedar...", jawab kak ani. pendek.
"ani, mengucap.". bapak aku mulakan gerakan tangan seperti biasa ketika beliau mengubati orang. sambil mengucap dua kalimah syahadah.
ditunjukkan dengan jari telunjuk di dada kak ani. menyuruh makhluk ghaib itu berambus dari badan kak ani.
"ani, ikut gerakan. kalau rase nak bangun, bangun. rase nak gerak, gerak."
"alia, amek air segelas.".
aku menurut seperti biasa. "nah pak.".
"minum ni ani. bace dua kalimah syahadah 3 kali."
selesai kak ani minum, kami sambung membuat gerakan.
Dua kalimah syahadah kuat kedengaran berselang-seli antara bapak aku, kak ani dan aku.
"BALIK !! BALIK KAU !! JANGAN KACAU KETURUNAN INI !", dengan tegas bapak aku memberi arahan.
tiba-tiba,
kak ani laju menggelengkan kepala. "AKU TAMAU BALIKK !! UUHHH !!! AARRGHH !!", sambil meronta-ronta berselang seli dengan dua kalimah syahadah.
"ah, hantu ni jin Islam. patut la boleh mengucap.", bisik aku dalam hati.
"nuar ! bagi lada hitam !"
"nak cik ismail."
apabila aku lihat keadaan semakin tak keruan, aku capai lada hitam beberapa biji. aku bacakan dua kalimah syahadah. aku letak di hujung lehernya. bapak aku pula letak kan sebiji di kaki.
sedikit meronta. sambil mata terjengil. menakutkan.
sambil aku memegang leher kak ani dengan sebiji lada hitam, aku mengucap dua kalimah syahadah. sambil menghalau makhluk ghaib itu berambus keluar. begitu juga bapak aku.
tiba-tiba, kak ani lemah.
"tak jadi bang mail. tak jadi",ujarnya dengan begitu lemah.
tiba-tiba, kak ani jadi lagi. sambil menjerit. "NUAR !! kau bagi aku ape ni nuar !!! ni sume dari keturunan kau ni nuar !! dari mak kau !! ARGHH! !!! !",sergahan kak ani membuatkan aku terkejut sehingga tercampak semua lada hitam yang aku pegang tadi.
tiba-tiba, kak ani lemah kembali.
makhluk ghaib itu seperti bermain-main. sekejap die masuk, sekejap die keluar.
"kat mane ye bende tu?", terdengar juga mak aku bertanya.
"tu ha mak. kat tepi peti sejuk", ujar ku selamba.
tiba-tiba kak ani jadi lagi, "HAA ! BETUL ! betul ckp budak ni. tu kat tepi peti sejuk tu. ade 2 ekor tu abg mail ! bawak ani keluar abg mail. ani nak halau bende tu ! JGN KACAU AKU HOI !".
kak ani bangkit dari katil. bapak aku bawa kak ani keluar ruang tamu rumah. aku mengekor dari belakang.
dua kalimah syahadah tidak putus dari mulut kami. kami mmg hanya menggunakan kalimah dua syahadah ini untuk mengubati orang. sedikit pengalaman dari aku.
"eehhh ! aku rase nak cengkam leher orang ni !", jerit kak ani mengejar anak sedara abg nuar.
dengan pantas anak sedara abg nuar membaca sepotong ayat dari surah yassin. sebijik penumbuk dari kak ani singgah di perut anak sedara abg nuar. aku terkedu.
"tak boleh jadi ni. ni mesti saka. jun, telefon bang kamaruddin", arah bapak aku.
abang kamaruddin yang aku panggil pakcik kamaruddin merupakan tok guru bapak aku. umur beliau 73 tahun. namun, masih segak berjalan dan menaiki tangga 4 tingkat. mana tak nya, beliau merupakan bekas tentera.
mak aku pergi mengambil pakcik kamaruddin bersama abg nuar.
30minit, pakcik kamaruddin sampai.
beliau buat gerakan seperti bapak aku. aku hanya memerhati. keletihan.
tiba-tiba, kak ani menjerit seperti orang minta tolong. "saka !! saka !!! saka !! saka !!! saka !!!", sambil mata beliau terjengil. tidak berkedip walau di sergah pakcik kamaruddin.
"nuar, beli kain putih lerang 45m x 2.5m.". itu sahaja aku dengar. ukurannya aku tidak pasti.
40 minit kemudian, kain putih tersedia.
"baring", pakcik kamaruddin memberi arahan kepada kak ani.
kak ani hanya menturuti.
"tolong lah saye ustaz. saye nak buang bende ni. saye dulu ade dapat cincin mak mertua saye bagi. saye tak tahu. saye pakai. sekarang saye tak pakai dah. dah lebih 6 tahun saye tak pakai. saye nak buang. saye nak buang cincin ni. saye tak tahu."
"mane cincin tu ?", soal pakcik kamaruddin.
"ni ha pak.", aku hulur cincin itu.
cincin itu, tertera sepasang gambar keris dan mahkota. diukir kemas dari emas.
"yee ani, saye buang. saye buang jauh-jauh dalam sungai. sekarang baring.", ujar pakcik kamaruddin.
diselubung kan kak ani dengan kain putih, dan di bace beberape ayat. aku tak pasti. yang penting, ini kali pertama aku melihat upacara membuang saka. kemudian, dengan sendiri kak ani membuka kain itu. dan keluar dari kain putih itu.
"ludah 3 kali !", arah pakcik kamaruddin.
"nuar ! bakar kain ni. lekas !", arah pakcik kamaruddin lagi.
selesai semua, pakcik kamaruddin memotong limau untuk dibuat mandi kak ani. aku hanya memerhati. teruja.
petang itu bapak aku, mak aku dan aku menghantar pakcik kamaruddin ke rumah nya kembali.
ini adalah sebahagian hadiah hari jadi untuk bapak aku. kejadian di hari jadinya. 23 november 2009.
aku masih tidak boleh lupa kejadian ini. setelah lama aku tidak menolong orang mengubati orang. yang terakhir pada 2005. Aku harus lebih kuat. salam~
alia
Tuesday, November 24, 2009
sedikit cerita.
Diluah Oleh Ini ialah Alia Fazlin. Pada 24.11.09 5 s u a r a
Monday, November 23, 2009
kan bagus.
kan bagus kalau kite tak payah bukak komputer, mahupun Iphone paling canggih untuk update blog.
kan bagus kalau kite sambil kite baring sambil tibe-tibe kite dapati blog kite update.
kan bagus kalau kite ade komputer yang 3d tu. yang bukan kene plug-plug wayar dan sebagainye.
kan bagus kalau ape yang kite pk, terus tertaip kat blog.
kan bagus kalau sume tu jadi kenyataan.
alah. dah name pun kalau. kalau kalau, babi pun boleh terbang.
hehehe. oh~ alia sudah jadi sangat pemalas.
(sibuk yang melampau-lampau)
Diluah Oleh Ini ialah Alia Fazlin. Pada 23.11.09 3 s u a r a
Thursday, November 12, 2009
bersepah-sepah
hati gelisah.
benci.
=================================
aku datang opis pagi-pagi. semangat !!. alah. alia. tipu je tu.
semangat amende nye.
=================================
kisah yang sebenar.
7.00am : ALIA !! nanti check lagi dalam atos kot ade ape-ape tertinggal. pak nak gi keje kul 7.30am.
(aku, belum mandi lagi time ni).
7.35am : krakk kruuk. tit tit. (bunyik kereta). -lantak lah bunyik die tak serupe pun. haha.
7.36am : MAK ! pak da pegi keje ke ? aaaa !!
7.37am : tu ha, gate baru tutup. pegi la babai atos awak.
7.38am : atos......bye. noktah.
woi. sedih woi. encik lembab tu da sebati dlm hidup aku. dah kire mcm kembar siam dah. argh ! sedih !
10.00am : hello bib.
10.01am : hello. u watpe ? cane interview ?
10.04am : u dah boleh panggil i leftenen skang.
10.05am : ...............................
10.09am : .................................
10.15am : bib ? u ade ke ? hello ?
10.20am : ...........ade..............
(menangis). noktah.
10.22am : brape bulan pegi bib ?
10.23am : 9 bulan je bib.
10.24am : congrats bib. i heppy tuk u.
kesimpulannya. hari ini perasaan aku kecamuk gile mcm ape ntah. cane nak klasifikasikan perasaan ni ek ? benci lah. bye.
Diluah Oleh Ini ialah Alia Fazlin. Pada 12.11.09 5 s u a r a
Wednesday, November 11, 2009
HON !! HON !! TEPI TEPI !!
Aku sakit hati kat pemandu malaysia ni. nak masuk depan aku tak bagi signal. aku terima lagi kalau aku tengah slow. ni aku tengah laju-laju, PAP ! die masuk. eh ! kau tak de signal ke ? kereta puluhan ribu harga. lampu signal baru RM5. kemon la. TONN TONN !! pantas aku tekan hon kereta. tapi sayang. orang tu tak tahu ape salah die. jadi, mula lah aku terfikir. tak ade ke orang cipta bunyik HON, yg spesifik sikit ?
contoh macam ni :
1) "helo cik abang. tak ade signal ke ?!"
2) "abang motor. jangan dekat-dekat. saye langgar nanti."
3) "cik kak ! bawak kerete tengok tepi."
4) "WOI ! BUTE KE?!"
5) "KALAU KAU NAK KERETA KAU KEMEK, MASUK LA !"
6) "SIGNAL MANE SIGNAL ??"
haaaa. baru lah si pemandu-pemandu tadi tahu ape salah die. sakit betul hati aku. lagi-lagi kalau si pemandu lelaki kacak bergaya kau memang debuss debuss bawak kereta macam nak terberak. barangkali die ialah seorang pilot TUDM yang memandu jet pejuang untuk fighter punye. gila. tak sayang nyawa.
Diluah Oleh Ini ialah Alia Fazlin. Pada 11.11.09 6 s u a r a

