Belakang Cermin

dah lame aku tak tulis sumthing yang bukan resipi kat blog ni. dah lame aku tak merepek meraban. dah lame sangat-sangat.

aku jadi orang baru. bukan macam aku dulu. aku tak happy macam dulu. aku tak segila macam dulu. aku dah jadi orang lain. yang mungkin tak de sape paham aku.

a'ah. kat luar memang aku nampak biol. ketawe. happy. tapi, sebenarnye, Allah je yang tau.

aku sendiri bingung. aku tak tau ape sebenarnye aku pikir. hati aku selalu menangis. even aku ketawe terbahak-bahak kat luar. tak de sape yang akan tau diri aku skarang.

aku selalu harap untuk pejam mate. dan berdoa semue cepat berlalu. dan berdoa lagi supaye aku cepat sembuh. sebab aku rase perit nak face bende ni semue.

aku selalu perasan. kononnye aku kuat. kononnye aku tabah. tapi sebenarnye, aku tak lah kuat and tabah macam yang aku ingat. aku hampir tersungkur parah. tak tau mane nak luah.

aku cube macam-macam. just nak biar diri aku bizi. sebab aku nak lupekan perkare tu.

aku tak tau yang cinte perlukan peraturan. dan untuk bergerak ke arah lain pun perlukan peraturan. aku benci peraturan yang kite akhirnye langgar.

aku menulis dengan hati. sebab hati aku selalu tak dapat nak luah dengan percakapan. aku si pendam. tak pandai meluahkan. selalu aku nak luah, selalu aku tak dapat sampaikan.

kawan semue lari. hidup dengan kehidupan masing-masing. aku harus akur. bahawa bila mereka memerlukan, aku sentiasa disisi. tapi bila aku memerlukan, aku tetap keseorangan.

aku hanye sorang-sorang. selalu asap menemani. asap keseorangan.

ramai yang cube menjadi seperti aku. seorang yang happy-go-lucky dan sentiase ketawe. mungkin kalau aku ceritekan kesengsaraan aku, tak ade siape pun nak jadi seperti aku. even kuman pun tak mau jadi aku.

aku tak malu nyatekan kat sini bahawa aku sangat sengsare dan keseorangan. sebab aku tau, ini ruang aku.

biarpun bahasa tak dapat nak ungkap. aku biarkan jari aku menekan huruf-huruf tersusun menjadi kata hati aku. dan aku biarkan sekalian pembaca tetap tak mengerti.

hidup aku tak seceria dulu. aku bukan alia fazlin yang dulu.

aku sentiasa mahu lari. lari dari kenyataan pedih. lari dari kenyataan perit. tapi aku tak mampu. kerane aku tetap berdiri di tempat same. hidup aku kosong.

namun aku tetap gembira. melihat mereka gembira. melihat die gembira. melihat segala gembira.

cuma aku tetap berdiri di sini. letih dengan perasaan. letih dengan kesakitan.

selalu aku mengimpikan keajaiban. keajaiban perasaan. keajaiban perasaan. tapi perasaan itu kejam. sekejam manusia yang menghancurkan.

namun aku tau, ape yang kite impikan, ape yang kite harapkan, walaupun indah. tak semestinye tercapai.

aku masih keseorangan.

dan aku mengerti......

alia itu, takkan kembali.

Comments

Popular Posts