Pavlova AliaLova

Haritu aya ade buat pavlova. nak buat pavlova memang memerlukan kesabaran yg amat tinggi ! fuh. letih jgk. atau mungkin oven aya yang kecik kot. ok kena beli oven lain. huh huh.

Sebelum tu, ape tu pavlova ? sekarang dah makin ramai orang sebut pavlova pavlova. dulu aya nak cari pavlova tak ade orang jual. ade 1 restaurant fine dine kat bangsar je jual pavlova. nak pergi bangsar memang tak la kan. aya tak gemar sangat bangsar. ok ok aya sila pendekkan cerita. sesiape nak tau pavlova tu ape, leh bace kat sini. Name pavlova ni di ambik sempena name seorang ballerina iaitu Anna Pavlova. ok history die boleh bace kendian. mari kite mule kann !!

PAVLOVA ALIALOVA.
Bahan-bahan :
1) 6 biji telur putih.
2) 1 cup gula halus.
3) 2 sudu tepung jagung
4) 1/4 sudu kecik garam
5) 1/4 sudu kecik cream of tartar (aya pakai brand nona)
6) 1 1/2 sudu kecik esen vanilla
7) 1 kotak whip cream
8) 2 sudu besar cream cheese
9) cuka / lemon juice. (aya pakai lemon juice sebab lagi elok dari pakai cuka. hehe)
10) buah-buahan :- strawberry, blueberry, kiwi dan macam-macam lagi ikut korang k.

Cara-cara :
1) Line kan parchment paper / baking paper atas dulang lepas tu panaskan oven suhu 135-140 darjah Celsius.

2) Pukul 6 biji putih telur sampai berbuih.
3) Masukkan gula sikit-sikit dan perlahan perlahan.











4) Pukul lagi sampai putih telur tadi berkilat dan fluffy.












5) Ayak tepung jagung, masukkan dalam adunan telur dengan gula tadi.
6) Pukul lagi sampai semua sebati.










7) Make sure adunan tu berkilat macam gambar ni, lepas tu texture die dapat rase die fluffy tapi padat. Gaul-gaul sikit dlm mangkuk ni.










8) Tuang atas parchment / baking paper. Tepek bulat bulat ikut suke korang. nak buat bentuk bintang pun boleh. hehehe.
9) Masukkan dalam oven, bakar selama sejam setengah (atau sehingga warna gold-gold sikit) dengan suhu 135 - 140 darjah Celsius. Pastikan api perlahan.
Note : bab menunggu die bakar ni kene sabar !







Tutup bekas yang balance adunan sementare tunggu yang tengah bakar tu dengan tuala basah supaye tak masuk udare yang tak diingini.










10) Bile semua dah siap bakar, biar sejuk sikit.

note : boleh nak kaler macam ni.













atau nak kaler macam ni. tapi jangan bakar lame-lame. nanti dalam die same crunchy dengan luar. kite nak luar die crunchy tapi dalam die lembut macam kuih bahulu.










Cara-cara buat cream/filling :
1) Pukul cream (whip cream) sampai kembang.
2) Masukkan cream cheese.
3) Pukul lagi sampai semua sebati, kembang dan fluffy.
4) Masukkan 1 sudu gula.
5) Pukul lagi 2-3 minit.

Cara-cara nak dekorate :




1) Sekarang sampai la part yang paling best. heee.
2) Tepek whip cream
3) Susun buah comel-comel macam ni.
4) Tepek sikit lagi whip cream








5) Tepek lagi layer kedua macam ni.

Note : Kalau nak buat 1 layer je, buat lapisan keras tu besar-besar lepas tu hias terus bahagian atas.









6) Letak lagi whip cream, lepas tu hias lagi dengan buah.
7) Boleh makan terus atau chill dalam fridge 1 jam.

<--- seketul ni aya punye :)










8) Adunan tadi cukup untuk 3 ketul pavlova dua layer :).

<--- 2 ketul ni untuk bawak pegi ofis. heee

*yang cokelat tu Milo bite aya tabor-tabor. hehe







8) Ok jom testing !!!!!!!! nampak tak dalam die. sedap woooo !












SELAMAT MENCUBE KORANG !!!!!!!


WAJIB CUBA TAU !

Comments

::dAuZsHaNLeY:: said…
wahh.. dua layer terus! hebat giler. dauz buat xjadi sgt.. takut nak buat lagi..kang xde org makan.hehe..
ala dauz. wat la lagi. pastu makan sendiri. macam aya. aya wat sume sendiri makan sendiri pastu bawak gi ofis. haha. tp mmg susa kalau suke masak tp tak de org nk makan. sbb duk umah sewe sorg2....sorg2 la jadi gemuk. haha !

Popular Posts