MALAM.

kakak y : adik masuk lah ni. untung. tiap-tiap bulan boleh dapat duit. modal hanye RM2000 je dik.
adik z : saye tak minat lah kak.
kakak y : ok. adik tengok sini. kalau adik ade RM2000, ape adik nak buat ?
adik z : saye nak beli komputer.
kakak y : ok. adik tengok akak banding kan ye. (sambil melakarkan coretan di atas kertas putih).
........kalau adik ade RM2000. adik nak beli komputer. ape yang adik dapat ? sebuah kotak. (sambil melakarkan lukisan kotak). lagi, adik dapat ? ok lah. mouse. keyboard. bla bla.
........kalau adik join L*XX* ni, adik akan gandakan duit adik RM4000. malah sampai akhir tahun, adik dapat RM100000. itu satu jumlah yang besar, kan adik ? (sambil membuat muka mata yang berkaca).
adik z : kalau saye beli komputer, saye dapat ilmu. yang hargenye lebih mahal dari RM100000 akak tu kak. saye tak berminat.

p/s : jangan lah cube ajak aku masuk bende2 mcm ni. pantang aku. n, kalau nak jumpe aku ckp pasal bende ni, sediakan ayat yang lengkap untuk tangkis segale persoalan dan sindiran aku. terima kasih.

=============================================

ape bende kat atas ni ? oh. itu ialah sebuah dialog antara aku dan seorang kakak. ketika itu aku ialah freshies di Universiti tempat aku belajar. umur, baru 18. tahun, 2004.

ape yang akak tu cakap ? oh. itu ialah MLM. MLM bukan singkatan short form untuk MALAM. ia adalah singkatan untuk Multi-level Marketing

ape sebenarnye MLM ni ? aku rase, aku tak yah la cite psl MLM ni ape. sbb sume pun dah tau.

Terdapat beberapa produk atau kumpulan lain selain MLM iaitu Uptrend, Vemma, BIONAF, Unstoppable, FOREX dan banyak lagi bisnes seangkatan dengan MLM. Ada antaranya ialah nama kumpulan yang menjual produk. ada pula nama produk. Saya tidak berapa pasti kerana tidak ingin mengambil tahu. Malah, ada juga perniagaan dalam bentuk BINARY BUSINESS.

Seperti yang kita faham mengenai konsep ini, apabila seseorang memulakan atau melibatkan diri didalam perniagaan, maka orang itu diwajibkan untuk mencari empat orang rakan.atau beberape rakan terpulang la pade jenis produk atau bende yang dorang ikut tu. ha ha ha. bile mereka mendapat beberape kawan, maka pula, dari situ lah datang semua income-income dan komisyen.

Jika dilihat pula dari segi mereka mengajak kawan-kawan mereka join, haaa. ayat kena manis. mulut kene tebu.

Aku bukan nak bercerita pasal MLM, Unstoppable, BIONAF, VEMMA dan sebagainya. Kerana aku bukanlah orang yang Arif tentang perkara ini semua. Dan aku juga terlepas pandang bagaimana mereka berniaga. Dan aku sedikit pun tidak rasa seperti mahu mengambil tahu tentang perniagaan mereka. Apa yang aku nak kupas ialah mengenai “perangai, tingkah laku, habit, cara berfikir dan macam-macam lagi” yang terjadi kepada seseorang apabila melangkah masuk kedunia mereka.

Korang pernah ade kawan-kawan yang join benda ni ? macam mane perangai dorg ?

Aku ade kawan. Malah bukan sorang dua. Banyak !! salah sorangnya, aku kawan rapat dari tahun 2003. lepas die join benda ni, perangai die berubah. Seperti menghambakan diri kepada duit. Yang die Nampak hanyalah duit. Sampaikan bulu mate die sendiri die Nampak macam duit. Huh.

Penah tak korang Nampak ayat-ayat macam ni ?

“Bukak acc baru.. dlm 3 hari terus masuk RM 500! 3 hari lg .. RM 500 lg! 3 hari lg.. RM 500 lg! kalau dh SEBULAN? senang2 je dpt 5K!! wow! mudah je... just leave ur contact number in my inbox..”

“The main reason people struggle financially is because they spent years in school but learned nothing about money. The result is that people learn to work for money...but never learn to have money work for them." - Robert Kiyosaki, Author of Rich Dad, Poor Dad. Aku lah slh sorg drpdnye..huhu.now,i'm learn to have money work for me...;)”

“Bekerja, tapi x berduit. Bergaji tapi x berharta. Berduit, tapi berhutang!! Ramai org selesa, dlm susah!! Nak rasa everyday is a payday pun susah pasal duit gaji dpt sebulan sekali... Nak rasa best duit ma$uk hari-hari, PM Me! Jgn malu-malu..nk buat $$$$ jer...bukan buat dosa pn.. =)”

“Kepada sesiapa yang menginginkan perubahan,maka jadilah perubahan yang kita inginkan..hari ini mungkin titik permulaan untuk berubah..hari ini ada cara bagaimana ingin kita mendapatkan 500 -1k sehari..hantar contact kat inbox saya..sy ajar bagaimana..untuk yang serius sahaja...SERIOUS ONLY”

“u know what u know.u dun't know what u dun't.xkn ni skim cepat miskin lak,huhu..tp pikir la ngn akal,kalo kerajaan dh luluskn,PPIM dh luluskan,kite follow je la.xrugi pn..buang je ego jauh2.kalo dh ade duit nnt,kite gak yg senang bwk mak ayah gi haji lagi...;)”

“Apa bezanya kita kalau nak d bandingkan tahun 2009 dgn 2010?..adakah akan berubah..atau x..?for me..u do the same..u stay d same..u say d same..u STAY D SAME..!..jadilah seorg yg lebih baik..jumpa saya..i'll SHOW U THE WAY..$$$$$ akan masuk dlm acc U TIAP2 HARI..!!”

“Kalau PROJEK ni susah sangat, TAK MUNGKIN RAMAI YG DAH BERJAYA!!! Despach dah KAYA, musican dan MILLIONAIRE & student pun dah pakai BMW 5SERIES!!! JUST TEACH UR MIND TO BE AGREE!! U pun boleh buat RM1K - RM5K EVERYDAY!! Just say "YES" & BUANG EGO TU JAUH2!! PM ME NOW!!! Jom buat $$$$ TIAP-TIAP HARI..”

“nak suruh buat duit pn byk je alasan..bkn suruh buat hutang pn.ish3..”


salah satu ayat atau falsafah mereka, ialah seperti di bawah.

"I am *****B**O** ! seronok dan ketagih bantu ramai jadi kaya, bebas, positif...bantu orang jadi kaya automatik kita jadi kaya...malangnya ramai lagi yang langsung tak ambil peduli tentang masa depan mereka..kata duit aku..tapi hujung bulan bagi kat bank,bagi kat tuan rumah,bagi kat Giant..mana 'duit aku' tu..kita tak sedar yang duit tu 'biji benih'..kita dok bagi kat orang lain..orang lain semai dapat hasil..kita tak pandai semai..asyik bagi kat orang lain..dah habis cari lagi..bagi lagi kat orang lain...tak nampak nampak jugak lagi...Masyaallah...aku minat nak bantu mereka yang sedar akan hal ni..berhenti bagi duit kat orang lain..bagilah pada diri sendiri..i can help u to be like me..syaratnya sanggup belajar sampai pandai...berhenti komplen..tukar cara fikir..fikir cara sama income pun sama...di saat minyak naik harga ramai yang menangis..tapi kami ketawa seolah-olah tak ada apa-apa pasal income sehari dah bole cover 3 bulan duit minyak...kalau anda betul-betul serius ingin belajar macam mana cara bebas sebebas bebasnya wang dan masa..maka boleh sms nama anda pada saya..kalau tak lupakan saja..do the same get the same...! I'm waiting for someone who really serious wanna be financially freedom..no need to work but earning the income that so ridiculous for many-many people!"

Ok !!! enough with that alia. peng ! jadi. pade pandangan anda-anda-anda sekalian, bagaimana kah jenisnya mereka ini ? adakah mereka terdesak mencari kawan yang mahu join ? adakah mereka terdesak mencari kepingan nota tertera RM5 sekalipun ? adakah mereka terdesak kerana mahu mencari hasil. yang boleh memberi mereka seciput pulangan ? atau, adakah mereka mata duitan yang hanya nampak duit di hadapan mereka ? tepuk bontot, tidur lena. tanya pada diri mereka.

Bangkit lah wahai kalian. tiada apa yang berbaloi, melainkan yang datang dari penat lelah, dan peluh keringat kita. Jangan terlalu leka mengejar wang. kerana, jika tanpa pengetahuan kita, duit itu tidak ada nilai halalnya, sekelip mata Allah boleh tarik segalanya. (bercakap based on experience).

Maaf andai ada tersalah informasi atau maklumat. Aku hanya berkongsi pendapat. berkongsi apa yang aku rasa selama ini. berkongsi pengalaman.

Beberapa link aku sediakan kat bawah unutk korang refer sendiri. and, link kat bawah ni semue aku dapat hasil dari research aku.

=====================================

UNSTOPABLE
http://www.ehoza.com/v4/forum/mlm-direct-selling-networking/49151-unstopable-sape2-tau.html


http://www.ehoza.com/v4/forum/mlm-direct-selling-networking/8892-uptrend-network-sdn-bhd-587955-u-931489-uptrend-com-my.html

=====================================

BIONAF
http://www.topix.com/forum/world/brunei/TKV00HGD1P3GEE1DK

http://www.northernbionaf.blogspot.com/

http://shahrul1.blogspot.com/2009/06/sedikit-penerangan-bionaf.html

=====================================

UPTREND
http://www.zirwatul.ui2u.com/

=====================================

FOREX
http://www.kuasaforex.com/

=====================================

PAK MAN TELO
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pak_Man_Telo

=====================================

SKIM PONZI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_Ponzi

=====================================

SKIM PIRAMID
http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_piramid

=====================================

BLOG USTAZ YANG MENGUPAS MENGENAI HALAL HARAM HUKUM MLM MENURUT SYARIAH ISLAM
http://www.zaharuddin.net/content/view/222/72/

=============================================

Ali : Omar, kau buat MLM jugak kan ? kenape kau tak pernah cerite kat kitorang ? kau tak nak cari orang ke ?
Omar : Aku buat MLM. Tapi aku tak nak libatkan kawan aku.
Ali : Kenape ?
Omar : sebab, sebab bende ni lah, aku kehilangan ramai kawan. sebab tu, aku akan buat kepade strangers.

(kisah diatas, kisah benar)

Comments

hudamcgyver said…
aku pon tak suka
paksa2 orang masuk pastu
kikis duet orang jer buat modal la itu la ini la
pastu konon pakai mahal2 bajet kite terpengaruh
pastu sape yang tak masuk tu, bodoh sebab tak nampak masa depan kononnye
eh, aku emo plak kat entry ko
hehehe
Unknown said…
Alia..kenapa ALI alia...kenapa ali...kenapaaaa???????? (aku lawak aja...actually aku pun menyampah jugak dgn MLM nie..mengarut)
itu la. haha. aku menyampah sgt dengan care dorg yg nampak terdesak.

haha.

fizi. laaa. aku tak terniat pn nak tulias name ko. tu name aku sebenarnye. aku buang A je. hehehehe.
Unknown said…
Haha...panjang gila entry...marah betul cik Alia nie...ko dah lapor diri Alia? Posting mana?
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
hehe.
aku tak marah la.
saje wat research psl bende ni.
wat research tanpe join dorg.
eheee.
aku lapor diri 23feb ni.
wawawawa.
posting 24feb.
haaaaaaaaaaaa.
takot !
Unknown said…
Haha...23.Feb? Ko masuk jadik IT staff kan? BIasanya takda la orang hantar masuk dalam2 hutan...bandar2 aja...kalo ko bertuah dapat la Sabah Sarawak =) hehe...tapi tak kot...Good Luck...
Unknown said…
nak sabah sarawak.
ehe.
tapi tak nakk la.
hehe.
tekiuuuu alii.
kalo aku tak cukup duit,
aku nak stat bisnen MLM ni.
heeee.
Unknown said…
Aku nengok kengkawan aku yang yang buat menda MLM nie tak kaya2 pun...tapi kaya dengan cita2 adala...haha..
Tapi kalo dapat sabah sarawak elaun banyak...tapi...lepak la 5 taun kat sana..hehe
tu la.
kawan aku yg mlm ni pn,
tak kaye.
mcm desperate je suh orang join die sbb die nak duit.
hahahaha.
kesian dorg.
tapi, kaya cite2 tu bagus la jugak kann.
MLM ialah meniaga lewat malam,jadi,berhati2!!itu ialah bahaya
si bual dari blog pakcik-rock said…
FOREX tu bukan maltilebel yea dik..

Popular Posts