bila mercun dalam bentuk hologram.

kalau dulu,
kita bisa dengar.
anak di halau keluar rumah.
kerana hisap rokok.
kerana hisap ganja.
kerana hisap gam.
eh. hidu gam.
kerana ponteng sekolah.
kerana bersosial.
tidak tentu arah.

sekarang,
bisa kita dengar ?
anak di halau keluar rumah.
kerana kuat bekerja hingga lewat malam ?
kerana kuat bekerja sabtu dan ahad ?
kerana patuh perintah mereka ?
kerana ikut kehendak mereka ?
kerja keras hanya kerana mahu teman mereka dirumah.
kerja keras hanya kerana mahu belikan emas intan berlian kasut crocs ori untuk mereka.
kerja keras hanya kerana mahu beli kerusi urut ogawa buy 1 free 1 ketika hari bapa atau ibu.
kerja keras mahu cuba bawa mereka bercuti luar negara seperti mereka bawa anak itu dulu.



mungkin telinga kita tidak bisa mendengar perkara itu.


tetapi,
percaya lah dengan mata kepala hotak anda sekalian.


perkara tersebut,
telah terjadi.



zaman dah berubah.
teknologi dah canggih.
astro macam-macam ada.
guna jari pun boleh.
tak payah pergi saloon sana sini.
RM3 lebih je.
nak panas kan lauk,
hanya perlu petik suis,
tekan itu tekan ini.
kipas KDK sudah ada sensor kawalan haba.
panas sejuk,
sendiri ejas.
budak hanya reti psp.
di usung sampai jamban.
tak lama lagi,
mercun dalam bentuk hologram.
yang bisa main depan tv saja.



kita hanya manusia.
bila zaman berubah,
sifat perikemanusiaan itu,
diharap jangan berubah.





budin ! hari ni aku tak pergi kerja. hahahaha.

Comments

Popular Posts