Penyakit Bontot Merah - Merah
Aduh. ruam tumbuh - tumbuh di bontot. pedih.
ha ha ha. ini bukan lah bontot yang sebenar. kelmarin, aku ke Plaza Alam Sentral. orang shah alam panggil tempat ni PAS. aku makan bersama orang tersayang. tentu lah ibu bape aku :P
selepas makan, aku belikan mak aku buah-buahan yang tempatan dan tak berapa tempatan.
terkejut aku melihat sejenis buah. dari dekat kelihatan seperti sepasang bontot yang ditumbuhi ruam. sebenarnya, ia adalah buah ini.
sejenis peach dari korea . (jangan percaya kalau orang kata ia manis. ha ha)
aku beli lah lagi beberape jenis buah.
seronok bile tengok kedue ibu bape aku seronok. seronok belikan mereka buah. biar mereka pilih buah ape mereka mahu. aku suka kedai buah itu. semua nampak segar. semua mahal (ini yang aku benci). hahaha. tak kisah lah ia semahal mana. asalkan aku mampu melihat kedua orang tersayang ini senyum gembira, ia lebih bermakna dan tiada harga. bak kata mastercard : "priceless".
lebih menterujakan apabila aku dapat tahu, kampeni aku keje yang mem"program" kredit card machine untuk kedai ini. he he he. kalau dah kampeni aku yang buat, mesti lah aku atau enchik koyum yang buat. jadi secara tak langsung ia hasil tangan aku dan enchik koyum. yiha !
aku akan datang lagi ke kedai ini.

terima kasih.

Comments
1 kenaaaa.
hehehe.