Pengalaman Tak Berapa Nak Ngeri.




oh oh.
aku sebenarnye tak suke la entry part by part in.
tapi, memandangkan entry yang bakal aku karang kan ni terlalu la panjang berjela nya.
maka dengan itu, wujud la part by part yang aku benci. sekian. oh. cerita belum tamat. -_-'

maka dengan ini, mulanya cerita.



4 march 2010 :

aku ke KLIA. flight ke sarawak pukul 2pm. Seramai 63 orang Juruteknik Komputer Gred FT17 akan bertugas di Sarawak. Termasuk aku. seronok ? sedih ? teruja ? macam-macam perasaan. yang penting, aku tak mahu tunjukkan kesedihan aku kat mak pak aku. nanti dorg sedih sangat-sangat. lagi-lagi mak aku. selame ni, aku la yang teman mak aku. borak, masak, bergurau. semua aku dengan mak aku je. Alhamdulillah. aku kuat. tak menangis sikit pun ketika melangkah masuk ke pintu gerbang untuk perlepasan dalam negeri. mungkin kekuatan itu aku dapat dari rakan-rakan aku. yang turut menghantar aku kat KLIA tu. terima kasih kalian.

5 march 2010 :

Sedikit taklimat daripada Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. tut tut tut tut. Surat penempatan ke sekolah-sekolah akan diberikan petang ini. jam 5pm. aku gementar ! risau di hantar ke kawasan P2 atau P3. P1 masih kategori bandar. manakala P2 ialah separa hulu. dan P3 tu paham-paham je la. tu pedalaman la tu.

Nama aku di tempat pertama sekali. sangkaan aku, aku berada paling dekat dengan bandar kuching.

"Alia Fazlin Ismail - di S.K Bako, Kuching", kata pegawai itu.
"jangan risau. 15minit je dari Kuching !", sambung pegawai lain.

Hati aku bersyukur. kerana masih di Kuching. tidak lah di pedalaman. tidak lah di hulu. Namun, hati aku masih lagi gundah.

Malam tu, aku tak tidur lena.

6 march 2010 :

Kami akan dipindahkan ke Homestay. Asrama yang diberikan tidak mampu lagi ditaja oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Dalam kegirangan aku melangkah ke tempat berkumpul, aku terjatuh. terjelepok. Akibat kenakalan aku. Maka, aku injured. siku terkeluar. macam lutut aku penah terkeluar dulu. sakit die macam mane ? tak payah la bayangkan. aku macam nak pengsan, muntah, mati pun ade. sakit gile !!!! mase jatuh tu, aku terus terpikir, hospital jauh. jaraknye lebih kurang sejam setengah. maka dengan itu, aku terus dengan pantas masukkan balik siku aku tu. pergh ! kelekuk bunyik ! dah la mase jatuh tu aku tengok baikk je siku aku tu. kelepup, terkeluar ke sisi. tangan aku terkulai ke belakang. kalau aku tak masukkan cepat-cepat, die jadi bengkak. sampai hospital, bagaimana agaknya doktor mahu masukkan ? fuh !! tak dapat di bayangkan !!! huk. yang penting, kesengsaraan aku baru bermula.

hari pertama


hari kedua

hari ketiga

Aku harus cekal kan hati !! teruskan kehidupan. yang penting, aku berdepan dengan kesukaran :
1) sukar memakai bra !
2) sukar memakai baju !
3) sukar membuka seluar !
4) sukar makan !
5) sukar mahu berak !
6) sukar sangat sukar mahu mengikat rambut aku yang panjang !
7) semua sukar. huk T_T.

terima kasih kepada rakan yang banyak membantu. huk.

8 march 2010 :

Aku di hantar ke sekolah. baru lah aku tau, bahawasanya....sekolah aku tu aku perlu seberang sungai Bako. dan sungai tu ade buaye !!! Ya Allah !!!!!! aku tak berape kuat nak harungi sungai tu. gile betul !!!! Sekolah Kebangsaan terletak di seberang. Sekolah Menengah tak perlu ke seberang. tetapi aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. maka, sampan lah jawab nye.

sungai Bako mase air surut.

haaa, ni sampan aku kene naik tu.

mengucap banyak-banyak. huhu.

rumah yang paling cantik kat Kampung Bako.

jalan yang aku jalan pagi-pagi pergi sekolah.

sampai sekolah.......

berjumpa lah guru besar.

kata-kata guru besar yang aku tak boleh lupa :
"kitak kerja la sitok sampai 10 tahun hok"
"kamek sik lulus mun nya tukar mana-mana atau balit semenanjung"

hmmm. aku cekal kan hati. cuba untuk sesuaikan diri. sambil pikir-pikirkan ape yang guru besar tu cakap. fuh. keluhan panjang.

"kitak tumpang di rumah ustazah rosni dan rosna dulu ya. orang semenanjung belaka".
"baik cikgu. terima kasih."

sampai di rumah selepas 30 minit berjalan. aku keletihan gile punye sumpah. tangan ketika itu, tak payah cakap. diam je. bengkak macam mintak meletop. fuh. aku sabar.

tidur.......

9 march 2010 :

hari selasa. hari pertama aku bertugas. aku setup network untuk pusat akses. mengandungi 10 pc. aku tidak lah hebat mana. tapi hendak setup network kecil macam tu, insyallah tak jadi masalah. selesai 5 pc. aku rilek. buka facebook. internet pula macam sampah. sumpah lambat. aku lari lagi cepat. sabar.

Jam sudah pukul 4.

"aliaaa. sik mau balit ?"
"aok aok. balit."

wah. baru pukul 4. dah kene balik. pagar sekolah nak tutup dah. selepas 30 menet sampai rumah, keletihan.

tidur.....

10 mac 2010 :

aku sambung lagi kerja untuk 5 lagi pc. malangnya, hari hujan. internet macam bangang. network ade. connected. tapi, ntah mane silapnye, tak leh connect antare 1 pc dengan yg lain. aku biarkan. mood untuk kerja sudah tiada.

tiba-tiba....penolong kanan kokurikulum masuk ke pusat akses. berborak dengan aku.

"kitak sekolah sampai mana ?"
"sampai diploma cikgu"
"laaa. mun camnya kitak sik ada agama lah."
"haa ?"
"kitak blajar agama sama uztaz mana ?"
"saye belajar dengan ustaz datang kerumah. dengan mak ayah. belajar sunnah Nabi."
"lahhh. mun camnya Allah dimana ?"
"haa ?"

"aok mun ditanya sama ustaz lain, ustaz madah Allah itu didalam hati. mun ditanya sama budak-budak,budak-budak kelakar Allah di langit."
terjemahan :-
"ye kalau ditanya sama ustaz lain, ustaz beritahu Allah itu didalam hati. kalau ditanya sama budak-budak, budak-budak cakap Allah di langit"

"ohh. macam tu ye cikgu" (aku ye kan je)
"aok. kamek bawak kitak prapp pruupp prappp(bahasa sarawak)"
terjemahan :-
"mari saya bawa awak jumpa 1 orang. umur 100 lebih tahun. belajar ilmu Mesir. lagi terbukti benar. dari ajaran Islam biasa. Dia tahu dimana Allah berada. malah, boleh tunjukkan. buat apa mahu belajar dengan ustaz-ustaz yang dikhuatiri kebenarannya dan mereka baru berumur 20-30an tahun. sedangkan, ustaz yang saya belajar itu berumur 100 lebih tahun dan lebih pengalamannya."

Dalam hati aku. "Ya Allah. Kau lindungilah aku Ya Allah. aku kesini mahu bertugas, beribadah kepada Mu Ya Allah. jauhi aku dari kemungkaran."

siapa kate aku tak takut ? aku takut sangat-sangat. buatnye die pukau aku. nah, terus aku ke tempat itu.

Alhamdulillah. aku tak layan sangat. lame-lame. cikgu tu pun keluar.

Mase tu, aku da tak sedap hati. ingin aku pulang malam tu juga. peluk mak aku. bukan kerana rindu. kerana takut. huk. Dalam kepala aku, terlintas 1 perkara. berhenti. ini bukan yang aku minta.

Aku pulang ke rumah. aku ceritakan kejadian tadi kepada ustazah rosna dan rosni. dah macam kembar pula mereka ini. mereka kata, cikgu penolong kanan kokurikulum dan penolong kanan HEM ialah gila. APA ?!! aku lagi gila ! meraka yang gila itu di posting kesekolah itu setelah mereka gila. mak aih ! sekolah itu memang sekolah gila kah ? hati aku nekad dengan keputusan aku !

oh lupa pula. ketika aku pulang, aku masuk kerumah. aku tutup pintu. aku terlihat tertampal sehelai kertas di pintu rumah. aku kaget !! apakah ini ? tanpa disedari oleh ustazah-ustazah tadi. aku sempat merakam gambar !

aku amati gambar itu betul-betul. aku tidak faham. yang aku faham hanya kalimah "Allah", "Muhammad" dan "Laillahaillallah". Terlihat ini, keputusan aku tadi, semakin muktamad !

11 march 2010 :

Aku kuatkan diri. berjumpa guru besar.

"cikgu, saya ade masalah keluarga dan peribadi. oleh itu, saya mohon untuk lepaskan jawatan ini"

YA ! aku berhenti. lebih tepat, orang putih kata resign. aku resign ! aku nekad. setelah mendapat nasihat dari mak pak aku. kakak-kakak aku. mereka juga menasihati aku agar aku lepaskan jawatan ini.

aku faham akibat aku lepaskan jawatan ini. tapi, aku juga pikirkan masa depan aku. kerana apa aku berkata aku tiada masa depan ? nanti aku cerita kan.

Pukul 11 pagi, aku dan cikgu kaunseling berangkat ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuching (PPD Kuching). berjumpa dengan pegawai atasan. cikgu-cikgu di sekolah kata pegawai ini garang dan A katanya, maka A lah jadinya. aku takut. takut permohonan aku tak diluluskan.

Mohamed Bin Kompot. tertera di pintu biliknya.

Aku masuk. pegawai itu senyum. ya, kami pernah berjumpa ketika pegawai itu menghantar aku ke sekolah pada hari pertama aku.

aku ceritakan masalah aku. satu per satu. Alhamdulillah. Die faham. aku isi borang permohonan perletakan jawatan.

terdapat beberapa konflik.

1) aku tidak boleh meletakkan jawatan. kerana borang lapor diri aku di sekolah masih belum dihantar oleh guru besar. maka, dalam sistem masih tercatat aku belum lapor diri.

2) apabila aku belum melapor diri, maka, dikatakan aku belum ada jawatan. jadi untuk meletakkan jawatan, nama aku masih belum ada dalam sistem.

3) aku hanya perlu menolak surat setuju dan mengatakan aku tidak terima jawatan ini. dan surat itu akan dilampirkan bersama borang perletakan jawatan tadi, bersama dengan borang lapor diri yang sepatutnya dihantar oleh guru besar pada hari pertama aku melapor diri.

Alhamdulillah. dengan izin Allah. profil diri aku dan borang lapor diri di sekolah belum lagi di hantar. Oleh itu, memudahkan proses perletakkan jawatan. kerana aku belum punyai apa-apa. Alhamdulillah Ya Allah.

aku pulang dari PPD. ustazah-ustazah tadi, membawa aku ke airport. urusan pembelian tiket pulang. hati aku lega !! sumpah aku girang. cuma belum tunjukkan lagi. takkan nak tunjuk depan mereka. haha. sabar.

selesai membeli tiket, aku pulang ke rumah. malam hari jam 10 malam. aduh ! hujan pula. dalam kepala otak aku memikirkan yang kami semua akan menyeberangi sungai. menaiki sampan.
sumpah ini adalah pengalaman yang paling pahit ! aku terlihat buaya. anak nya barangkali. Ya Allah. teguhkan la sampan ini. hehe. takut !

Alhamdulillah. aku sampai juga kerumah. tiket flight aku. esok ! jam 1245 tengahari.

Aku tak beritahu keluarga. yang tahu, hanya abang angkat aku sahaja. oh. girang. sumpah girang ! rasa macam terbang-terbang.

12 march 2010 :

AKU BERANGKAT KE SEMENANJUNG !!! DALAM HATI AKU MENJERIT !!! MAKK !! PAKK !! AYA BALIK !!!!

sampai di rumah......aku ting tong bell rumah.......

pak : sape tu ?
aya : aya la pak.
pak : JUN !!! alia balik !!!
mak : Ya Allah...alia !!!

aku dipeluk. dicium. bagai tidak pernah berjumpa. sumpah aku tak pernah tengok mak aku macam tu. mak aku menangis. sedih. terharu. gembira. anak mereka pulang.

==============================================

10 march 2010 :

aya : mak doakan aya ye mak. doakan ape yang terbaik untuk aya.
Mak : jangan risau alia. mak buat solat istiharah. kite same-same buat solat istiharah ye. mintak petunjuk dari Allah.
aya : aya tak boleh solat mak.
Mak : tak ape. buka Al-Quran. niat mintak petunjuk. tengok surah ape yang alia buka mula-mula. itu petunjuk-Nya. cari terjemahan nye. mak pun akan buat same.
aya : mak, aya dapat surah Al-Kahfi ayat 16 - 27.
mak : Alhamdulillah. mak dapat surah Luqman ayat 1. tapi, mak akan bace 1 surah. kite same-same doa ye. kite tengok keputusannye insyAllah esok.
(sesiapa yang nak tengok maksudnya, cari la tafsir Al-Quran ye).

==============================================

Mengapa aku berhenti ? mengapa sebetul-betul mengapa aku berhenti ? aku akan cerita pada entry akan datang. entry ini cuma perjalanan kisah aku kat sana.

terima kasih.
hehe.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts