Separuh jiwaku pergi, Separuh jiwaku tinggalkan.

haritu aku ade tulis entry pasal - Separuh jiwaku pergi.

mase tu, aku tak tau yang Separuh jiwaku tinggalkan disini.

Separuh jiwaku pergi tu, pergi berjuang di Kedah. tidak dapat berhubung selama berbulan-bulan lamanya. dan dia juga tidak tahu aku akan tinggalkan semenanjung. sedih.

tapi, kini, aku perlu tinggalkan separuh jiwaku. iaitu kawan-kawan ku.

sedih......
gembira......
teruja.......
terkesima.....
takasima......

hari-hari aku selepas dapat tau berita aku akan bertugas ke sarawak, adalah hari-hari sedih aku.
aku berpisah dengan kawan-kawan aku seorang demi seorang.
siapa kawan baik aku ? ah~ soalan yang sukar. kerana aku meletakkan semuanya di tangga yang pertama.

aku sedih. aku tak dapat lagi lepak duduk riang ketawa bersama mereka. tak dapat lagi main paintball bersama. tak dapat lagi turut serta dengan aktiviti yang ade. sedih. terkilan. aku tak puas lagi bersama kalian !



kawan-kawan ku,
aku berterima kasih pada kalian. terima kasih dengan malam kejutan itu. terima kasih dengan hadiah-hadiah itu. terima kasih mengambil berat hal aku. aku tak mahu berpisah dengan kalian.
aku tak mahu pergi jauh. tapi aku perlu. itu tugas aku.

kawan-kawan ku,
Separuh jiwaku pergi, Separuh jiwaku tinggalkan. apa lagi yang aku bawa kesana ? kalian tidak turut serta. ah~ kosong jiwa. aku mengharap, kalian masuk kedalam beg tarik aku. akan aku tarik kalian kesana. menaiki belon bersama.

kawanku,
terima kasih setia teman aku selama ini. ya, mungkin dulu aku pernah rimas dengan kau. ikut aku kesana kemari. tapi, aku rasa rindu, bile kau tiada disisi. sumpah aku ckp, aku sayang kau. kadang-kadang, kau mendiamkan diri tatkala aku menangis ceritakan masalah aku. aku tak kisah. yang penting aku ade pendengar. dan pendengar itu ialah kau. kau. pendengar aku yang setia. kau setia di sisi aku dari kite sekolah, hingga ke uitm, hingga kemana-mana. jiwa aku kosong tanpe kau. terlalu banyak kesalahan yang aku buat. tersinggung perasaan kau. termarah kau tika aku tak sedar. terlupa kau tika aku bersuka ria. aku terhutang budi dengan kebaikan kau. kau sahabat aku. yang sukar untuk aku tinggalkan. terima kasih kerana setia menemani aku kemana sahaja. terima kasih montaj yang kau reka untuk aku. aku menangis tiap kali melihatnya. lepas ini, aku akan rindu masa kite. rindu masa kite main layang-layang. rindu mase kite makan sampai nak muntah. rindu mase kite jalan-jalan. rindu semue tu. aku akan rindu kau. tak perlu aku sebutkan nama kau. kau tahu siapa kau jika kau membaca ini.




selamat tinggal semua. aku harus berjuang. dengan tugas aku. tugas baru aku. kite akan berjumpa lagi. insyallah.

Comments

nor_ain said…
alia fazlin...

be strong ok..jgn nanges2 byk2...
sawak je..dkt je...juz over d sea...
ade rezeki kte jmpe lg..
jgn sedeh2 tau..
even jrg jmpe ko skrg ni..tp aku ttap nanges utk ko..
n syg ko jgk...
take care...
nnt update blog slalu tau...boleh aku tau proses pengurusan bdn ko...hehe...tau..tau...
chiat...
huk...
aku pun sedih...
dpt jumpe ko ngan susue jap je.
emma nga may lagi la.
tak dpt jumpe.
huk.....
tapi, tak pe..
nnti aku balik, ko wajib tido umah aku k.
jgn lupe !
sayang koo...
huk.
MsAnisSyahirah said…
walau apepun...
memori bersame tetap terpahat...
jauh mane pun, kite still bersama...
kawan tak pernah putus..
kawan sampai bile2...

ko kene janji la, ko jage diri bebaik ye?
jangan wat perkara bodoh2 lagi..
jangan wat perkara yg org lain leh risaukan ko..
tau, tau??

sayang ko..
Kaseh NazLieza said…
adatlah tu dik...setiap pertemuan pasti ader perpisahan...itu sudah pasti...tetap tabah k..

pakej katering serendah rm6.90 per pax hadiah kek pengantin 3 tingkat secara percuma...lawati;

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com

Popular Posts