bola bola.

bola.
kadang-kadang di peluk.
kadang-kadang di rembat.
kadang-kadang di baling.
kadang-kadang di sepak.
kadang-kadang di lap.
kadang-kadang terkena hujan.
kadang-kadang terkena panas.
kadang-kadang disimpan didalam rumah.
kadang-kadang di lempar keluar rumah.
kadang-kadang di bawa tidur bersama.
kadang-kadang di bawah katil.
kadang-kadang kelihatan cantik di kedai.
kadang-kadang kelihatan comot di padang.

macam mane pun rupa bola itu,
ia tetap sebuah bola.
dan dipanggil bola.

macam itu lah kehidupan.
kehidupan umpama bola.

kadang-kadang disayangi.
kadang-kadang dibuang.
kadang-kadang terasa manis.
kadang-kadang terasa pahit.
kadang-kadang terasa indah.
kadang-kadang perit.
kadang-kadang kita dijulang.
kadang-kadang kita dicaci.
kadang-kadang dihargai.
kadang-kadang dilupai.

banyak lagi kadang-kadang.

kita sering lupa. bagaimana rasa disayangi. bagaimana rasa menyayangi.

sumpah aku cakap. aku sayang kau. sumpah aku cakap. tak pernah aku jumpe orang macam kau. kau. menjaga aku dengan baik. menyayangi aku. hampir sepenuh hati. kau. gadaikan masa kau. untuk aku. kau. bazirkan wang ringgit kau. untuk aku. kau. sanggup lakukan ape saje. untuk aku.

aku mintak maaf.

aku bukan seorang adik yang baik. aku bukan seorang adik yang pandai mengenang budi. aku bukan seorang adik yang pandai menyayangi. aku bukan lah seorang adik yang mampu menjaga hati.

aku hanyalah seorang adik yang hina. aku seorang adik yang tak guna. aku hanyalah seorang adik yang tak mengenang budi. aku hanyalah seorang adik, yang lupa segala jasa. aku seorang adik yang jujur dengan perasaan. kerana jujur itu lah, memakan diri seorang adik ini.

aku buntu.

mungkin aku pilihanNya untuk buat kau berubah. mungkin aku dipilihNya untuk membentuk kau. aku buntu. berulang kali aku kata. berubah lah untuk kebaikan diri sendiri. dan orang yang kau sayang. tapi, kau tetap tidak nampak. kau terlepas pandang. malah, lebih pula kau menyalahi diri kau.

bangun lah wahai abang ku. semua yang berlaku bukan kehendak aku. cuba lah sedar dari lamunan. cuba lah pandang dari setiap sudut. dari setiap sudut segalanya yang berlaku.

aku cuma menyayangi kau. aku mahukan yang terbaik untuk kau. bukan aku mahukan kau berubah demi kebaikan aku. bukan aku mahu kau berubah semata-mata mengikut rentak aku. ia semua hanya demi kebaikan diri kau. dan orang yang kau sayang. kerana, kau pernah berkata. tidak mahu kehilangan orang yang kau sayang. tidak mahu kehilangan kawan-kawan. jika kau sedar, kau bangkit lah.

aku tidak kuat.
aku kalah.
kalah dengan perasaan aku.
aku tidak kuat.

tidak kuat untuk membantu kau. tidak kuat untuk menghadapi segala. aku cuma harap kau berubah. kembali lah padaku bila kau berubah.

aku setia menunggu kau berubah.

Comments

MsAnisSyahirah said…
insyaAllah, jikalau kehendakNya kita semua berbaik. kita akan berbaik juga. masa penentu segalanya sekarang ni.

kalau bercakap tentang perasaan tatkala ni, memang semuanya bercelaru. kita berikan lah ruang untuk diri sendiri, dan berfikir secara dalam-dalamnya.

janganlah kita menyalahi diri, serta takdir yang ditentukan olehNya. Yang tersurat kita hadapi, yang tersirat kita selami.
Selami lah sedalam yang mungkin, kerana kita tidak tahu sedalam mana pucuk pangkal sesuatu hal itu terjadi.

yang penting di saat ini, doa dan tawakal penentu segala.
"Yang tersurat kita hadapi, yang tersirat kita selami."

terima kasih nis.
aku akan ingat pesan ni sampai bila-bila.

Popular Posts