bagaimana ?

apabila isu itu timbul,
semua tunding jari kepada si penggemarnya.
tetapi, mereka lupa.
dalam diri mereka.
sudah tertanam elemen mereka.
sudah sebati dalam diri.
sudah bercantum dalam jiwa.

aku pelik. hairan.
mengapa mudah mereka berfikiran begitu.
terlalu pantas mereka menilai.
tanpa berfikir dengan lebih halus.
mungkin, terlalu halus bagi mereka.
entah lah.

apa yang aku cerita ?
ya. aku mahu cerita tentang kasut kegemaran aku yang sememangnya aku lah orang yang paling banyak di'tag' oleh rakan-rakan-rakan aku kerana mereka tahu itu kasut kegemaran aku.
apa respon aku dengan gambar itu ?
ah. aku tidak cepat melatah. aku teliti kasut aku di kaki. ya. di kaki.
entah kenapa mata aku tidak tertangkap langsung imej yang mereka gembar-gemburkan itu.
entah kenapa.
tidak sedikit pun aku lihat persamaannya.
bukan kerana aku menyokong atau membuta hanya kerana aku menggemari si buaya itu.
tidak. cuma, mata aku tidak tertangkap sebarang persamaan dengan kalimah itu.

aku tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara buaya itu. biarlah ia seperti buaya yang aku lihat. ianya adalah buaya. hanya buaya.

Jadi, apa yang aku mahu bicara ?

aku hanya mahu bicara tentang perihal manusia yang daif. seperti aku. tetapi, aku lebih kasihan dengan manusia ini.

seorang rakan, berkata kepada aku.
"tanya dalam hati kita, adakah kita nafikan kerana kita suka sgt dgn kasut itu kerana pada mata saya, mmg jelas kini nampak kalimah Allah. jika itu alasan kalian untuk tidak percaya, semoga tuhan merahmati kalian yang memijak nama tuhanmu."

ditambah pula dengan sepatah lagi ayat.
"Elakkan apa yang mampu kita elakkan. tak perlu extremist boikot tak ada gunanya. jalani lah hidup kita seperti biasa, selagi apa yang kita lakukan tidak menjejaskan iman kita kepada Allah."

ya. mungkin engkau menyokong bahawa gambar itu adalah kalimah itu. aku kagum dengan engkau. berkata-kata. menabur pendapat. tetapi, aku kesal. kerana apa ? kerana engkau masih berbaju telanjang. masih menampakkan ketiak hitam. masih ternampak celahan kelangkang. masih terlihat bulu kerinting halus. masih bersandiwara bersama kekasih. masih mengurai rambut yang keras. masih terlihat belahan dada. masih terdedah sini dan sana. masih hitam kuku bercat. masih telanjang berjimba di kolam mandi. engkau masih begitu.

benar orang kata. jangan menilai orang dari luaran. tidak. aku tidak menilai engkau. bukan aku kata engkau tidak layak berkata tentang agama. kerana aku juga tidak layak. aku masih hina. cuma, aku tak sangka. ada hamba Allah yang masih berkata tentang iman, sedangkan dia lupa tanggungjawabnya kepada Allah. dia lupa hukum hakam Allah. ambil lah selimut. tutup lah kepala. ambil lah daun. balut lah tubuh. engkau masih telanjang.

oh. aku berkata seperti diatas, tidak bermaksud aku semulia Nabi. sesuci Malaikat. ia hanya lah pandangan aku. aku juga manusia hina. yang penuh dengan dosa. yang juga lalai dengan tanggungjawab. yang masih tersentuh kulit. yang masih lagi daif. untuk bicara tentang agama, ya. memang aku tidak layak. tetapi, aku cuma hanya ada akal fikiran yang tajam. untuk aku berfikir tentang agama. tentang hukum hakam. tentang segala yang baik dan buruk.

jadi...


tak usah bicara tentang agama, jika kau tidak mendalaminya.
tak usah menasihati mereka, jika kau tidak mempratikkannya.
tak usah memperkatakannya jika kau tidak membacanya.
noktah.


aku juga buta agama.
tetapi, aku masih tahu hukum hakam nya.

Comments

Anis said…
sabarlah ye..
huhuhu....
aku yg giler said…
hihi.. yg penting hati dan niat ko..

x smesti yg pakai kupiah masuk syurga..

x smestinya yg mlakukn maksiat masuk neraka..

(^_^)