barangan berharga ?

teman berkata.
boikot lah barangan israel.
teman juga berkata.
apakah barangan mereka ?
teman berkata lagi.
teman menjawab.
terlalu banyak.
jika bergitu, kembali kepada asal. tinggal lah di gua.
teman berkata.
biarlah kita mencuba perlahan-lahan.
teman berkata lagi.
se perlahan mana kita akan mula ? 5km/jam ?
teman menjawab.
se perlahan 1km/jam seboleh teman.
teman berkata.
mari kita lihat, sejauh mana teman pergi. haha.

ya. terlalu banyak barang israel.
terlalu banyak sehingga kan sampai satu tahap kita tidak mampu hidup tanpa barangan itu.

kamu semua sudah boikot ke ?
aku, and family aku,
Alhamdulillah.
kami sudah mula(dah lame mule) memboikot barangan-barangan tertentu mereka.
apa yang kami sudah boikot dan belum ?

nak taip panjang la. malas plak nak taip.
aku taip panjang-panjang ketika aku marah dan terlupa cara-cara menjadi comel je. haha


yang pangkah tu dah.
yang bulat tu belum.
lepas ni aku nak attack johnson n johnson.
jadi,
buang segala perkakas perkara johnson johnson aku.
yeah yeah !!!
kemudian....
aku nak serang maggi plak.
oh oh. aku jarang makan maggi.
boleh boleh.

kemudian...
neskepe !
aku akan minum ali cafe selepas ini.
yeah yeah.

kemudian coca cola.
aku akan tak minum minuman bergas lagi.
hahahahha.
kerana aku mahu kurus dan tidak mahu kencing manis.

akhir sekali,
aku akan buang kotex.
ini ialah susah sikit.
kerana,
bahagian sulit aku agak sensitif dan alah kepada jenama lain.
haih....
bagaimana ya.
tak apa.
kita cuba lebreeseee.
ohh.
adibah nor juga memakai nya ok.

kalian mahu tahu,
mengapa israel punya barangan ini begitu berjaya sekali ?
setiap pagi,
penduduk israel akan memastikan mereka makan kacang almond dengan jumlah yang banyak sekali.
kerana, mereka tahu. dengan makan almond dari kecil setiap hari, akan mencergas kan minda mereka.
mereka tidak minum susu dumex tau kawan-kawan.

apabila mereka di universiti,
ramai antara mereka mengambil jurusan perniagaan.
projek akhir mereka ialah mencipta sesuatu jenama.
dan cuba menjualnya dan lihat siapa punya jenama yang terhebat.
jenama yang menang,
akan dipasar kan diseluruh negara termasuk Malaysia.
dari situ lah ianya bermula.

jadi,
marilah kita beramai-ramai,
boikot barangan mereka.
biar kita mula se perlahan 1km/jam.
asalkan, kita mula juga.



p/s : hari-hari berdoa akan keamanan bukan di negara timur itu sahaja. malah, di serata negara. amin.

Comments