kenyang PERUT, susah HATI !!!!

"Dear Alia, We are pleased to invite you for MAJLIS BUKA PUASA tomorrow at TROPICANA GOLF & COUNTRY RESORT. Feel free to confirm your attendance as the seat is limited. Thank you.

Regards,
Margaret"

Photobucket

HOH !! makan free lagi. ye. lagi sekali. dan aku pasti, ini ialah makan buffet secara besar - besaran. Rezeki perut aku hari ini. Semalam makan puas, hari ini puas lagi.

Jam 6 petang, aku sudah bertolak ke destinasi perut aku. HAHA ! DENG ! DENG !

Tiba di pintu gerbang TROPICANA GOLF & COUNTRY RESORT itu, berderet kereta kelihatan.
"wah, besarnya majlis."

aku park kereta, dan melangkah masuk ke CLUBHOUSE resort tersebut.
"dari mane cik?"
"solsis"
"ikut sini ye"
"terima kasih"

Ah. aku nampak kak sue. dan beberapa kakak lain. dan aku juga bau makanan. "kambing..kambing". hahahahhaha.

aku mengambil tempat disebelah kak sue. dan aku terus ke tempat makanan. mata aku melilau mencari kambing golek. memang menjadi kebiasaan tempat - tempat begini akan hidangkan seekor kambing golek. malangnya, aku tak nampak 1 kambing pun tergolek. tidak mengapa. banyak lagi makanan lain.

Pusingan yang pertama. aku mencapai pinggan. mencedok beberapa ekor udang (jangan kira), daging, ayam tandoori, ayam bakar, beberapa cucuk sate (jangan kira). Pinggan sudah penuh, aku beransur ke meja.

aku layan kan segala daging - maging yang aku ambil. memang mantap ! menyelerakan ! uh ! aku kongsi beberapa daging aku bersama kak sue. licin pinggan yang pertama.


Pusingan kedua, aku lihat apam balik ! kegemaran aku. aku beratur. mendapatkan sekeping apam balik. yang sarat dengan inti. ah ! lazat ! aku mengambil sekeping putu mayam. lilian, officemate aku memanggil putu mayam ini bihun. biarlah. tidak kisah apa pun nama nya. haha. (tak leh blah betul panggil bihun !!!). kemudian, aku mencedok beberapa helai spaghetti. dan aku siram kan dengan spinach cream sauce. HOYEAH !! oh. terlupa. ABC. hehe.

aku kongsi putu mayam bersama kak sue. licin pinggan untuk pusingan kedua.

aku berehat sebentar.

aku teruskan pula. pusingan ketiga. mushroom soup sahaja. pun licin. fuh.

puas hati, puas perut.

aku berehat lagi.

sambil berehat, sambil berborak. ketika itu juga, officemate aku membawa buah - buah. nyap nyap kami makan. ah. perut sudah hampir meletup ! aku berhenti. mengibar bendera putih.

sekarang baru aku faham.
mengapa kenyang PERUT, susah HATI.

kerana...........kenyang PERUT, mata MENGANTUK ! maka, peratus untuk GEMOK juga tinggi.
tidak ! aku tidak mahu gemuk (walaupun sudah gemuk).

minta maaf. aku berjanji tidak makan banyak lagi. tidak mahu menjadi seperti ini.


Photobucket Photobucket

Photobucket

Comments

Popular Posts