oh. aku masih di pejabat.



pukul berapa datuk harimau ? pukul 12. KEJAR !!!!!

pernah main permainan di atas?
selalunya orang kata pukul 12 sudah lewat.
tapi, pada aku. pukul 12 masih awal.
seperti sekarang.
sudah lebih dari pukul 12.
sekarang, pukul 2 pagi.
pagi ?
ya. pagi.
dan aku masih di pejabat.
sehingga ? sehingga esok pagi barangkali.
haih. berpagi, bermalam di pejabat.
aku suka tinggal di pejabat.

hahahaha.
tatkala insan lain sedang memasang lampu pelita di sekeliling rumah,
tatkala daging sedang direbus untuk hidangan raya,
tatkala semua sibuk membuat kuih,
tatkala lampu berkelip-kelip,
tatkala ibu sedang mengisi duit raya ke dalam sampul,
tatkala ayah membakar lemang.
aku di pejabat.
(care ckp "tatkala" tu macam esok raya pula.)
aish.

pagi tadi, aku bagi resign letter kepada boss bulat aku.
malang sekali, boss ku memujuk. supaya mengoyak-ngoyakkan surat tersebut.
haih. aku perlu tahan lagi ?
untuk seberapa lama ?
kite tunggu sahaja.
dan aku perlu tahan.

jam 2 pagi. di pejabat.
malang.
siapa mahu mengalami pengalaman begini?
mari lah !
eeheeee






(oleh kerana terlampau penat, aku terpakai selipar TERBALIK!)

sabar lah sahaja.
Photobucket

Comments

hudamcgyver said…
ko memang sentiasa bermasalah ngan kasut. haih. kem salam kat si bulat. jadi cikgu kan bagus?
hahahahaha~
YEEEE.
aku sentiasa bermasalah dgn kasut.
lagi2 time kepenatan.
haih.
hahaha.

ye lah. lebih baik jadi cikgu.
cuti sekolah, pun cuti.
aku nak masuk maktab skang.
hahahahha.

Popular Posts