beberapa perkara.

10 perkara perlu buat sebelum Ramadhan tiba.

1) "wei. jom ah minum. ngeteh. lepas ni tak boleh minum petang dah".
2) "Hisap rokok sampai hangus weh malam ni. esok tak boleh dah".
3) "Jom karok ! kite karok 389 lagu malam ni".
4) "sayang. jom pergi genting. esok kite balik lah. lusa dah puasa".
5) "carut puas-puas hari ni. esok tak boleh dah"
6) movie marathon. nanti tak boleh tengok movie dah.
7) makan KENYANG-KENYANG !!! seperti esok tiada lagi.
8) yok. clubbing. last nite babe.
9) "aku buat party malam ni. lepak."
10) mengumpat sampai habis.

aduh engkau. kalau boleh engkau nak cukup kan 100 perkara yang perlu kau buat sebelum kau berpuasa. kerana esok, kau tinggalkan nafsu. kau tinggalkan umpatan. kau tinggalkan maksiat. kau tinggalkan nikmat. kau tinggalkan keseronokan dunia. kau tinggalkan kepuasan hati.

ada yang rasa "ADUH ! esok puasa. huh !".
ada yang rasa "Malas ahhhhhhhh."
ada yang rasa "Syahdunya Ramadhan."
ada yang rasa "Seronoknya.......bazar Ramadhan....ayam percik............."
ada yang rasa "Cepat lah raya !"

Dimana keadaan kita ?
sedar tak ?
kita tersilap jalan ?
kita tersilap langkah ?
bahawa apa yang kita perlu siap sediakan diri kita untuk bulan Ramadhan ini.

Apa persediaan kita untuk bulan Ramadhan sebenarnya ?



ini dia....




Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.



Sesungguhnya.....sumpah aku cakap.
aku leka.
fuh !
kat mane ntah diri aku.
jauh sekali dari persediaan menghadapi Bulan mulia ini.


go ALIA !
(nak berubah ni tau)
hihihi.

beberapa petikan aku ambil sebagai rujukan :

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya. "

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

"10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka. "

"Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi)."


Happy fasting and Salam Ramadhan to everybody.

Budin ! jangan ponteng puasa !!!!!

Comments