BUMBU BALI, Puchong. sedap.

BUMBU BALI
haaaa.
pada zaman dahulu kala.
terdapat seorang kanak-kanak comel.
aduh. alia alia.
permulaan cerita tak sedap.
semula semula.
pada bulan lepas.
terdapat dua orang comel.
pergi makan.
alia alia.
permulaan cerita tak sedap jugak.
alah !
lantak lah labu.
okep.
mula cerita.
hari itu. (tak la hari itu sangat. bulan lepas kot)
aku ke tempat ini.
untuk makan lah.
sedap gile babas macam rasa nak terbang ke langit.
sedap gile.
portion banyak.
serta layanan mesra.
aduh.
bagai raja pula.
layan kan aje gambar nye ya.
Lamb Chop ni, tak macam Lamb Chop yang terdapat di mana-mana tempat.
kerana, cuba bayangkan die marinate gune herbs-herbs melayu.
bukan rosemary, mixed herb, origano, basil dan sebagainya ya.
die pakai serai, jintan, kulit kayu manis, dan macam-macam lagi.
pergh !
rase die. memang ter lain lah ! sedap !
nak close up gambar ni, kakak aku tak bagi plak.
sangat cis !
beef linguine ape bende ntah lagi.
panjang plak tajuk die.
nak close up ?
nah nah.
ketol ketol die bagi.
ni mesti sebab die tengok perut aku ketol ketol.
lalu die bagi aku banyak ketolan daging.
sedap !
nak masak sendiri,
aku kena rase 3 kali.
baru boleh dapat ape die letak dalam.
fuh !
memang ini adalah menu yang wajib di order kalau datang sini.
sate ni sate ayam.
sekali die lilit ayam tu kat serai laaaa.
dasyat tak dasyat la kan.
hahahaha
nak makan,
haruslah buka mulut puas-puas.
cicah plak dengan sos thai.
terbaik wok !!
name air ni...
mojito lemongrass ape ntah.
soda kot.
rase die macam cilake.
aku tak suke.
masam, rase serai, rase mint.
tibe-tibe rase soda.
adoi.
potong betul rase keenaakan pasta aku tadi.
mungkin aku salah order air.
aku tengok name die mojito mojito.
macam menarik la kan.
macam fajita fajita kat chillis.
haha.
nak close up tengok ade ape ?
ni ha.
ade limau.
ade pudina dihancurkan.
ade serai sebatang !
ade air soda tu.
aduhhh !
air kakak aku mane ?
alah.
die air limau je.
tak payah la aku upload tunjuk gambar.
haha.
jumlah semua sekali kitorang makan ni....
RM75 ++.
berbaloi la gile.
kalau kat chillis, dua orang makan dua main course,
dah RM150.
haha.
ape lagi.
pegi la try.
sedap gile !
yang penting,
jangan order air yang aku order.
haha.

Comments