bukan cikgu sahaja mengajar saya.

hidup ajar saya berhati-hati memilih kawan.
kerana salah memilih,
kepala saya kena pijak dengan selipar bertahi.

hidup ajar saya berjimat cermat.
kerana sakit eksiden terbakar di masa hadapan.
tidak siapa tahu.

hidup ajar saya menghargai.
kerana jika terlupa,
saya yang akan kehilangan.

hidup ajar saya pentingkan diri sendiri.
kerana jika tidak,
mereka memijak rambut dan kepala saya.

hidup mengajar mencipta kenangan.
kerana dengan mencipta,
saya akan mengenang.

hidup ajar saya berdikari.
kerana jika tinggal seorang,
saya tetap boleh hidup.

hidup ajar saya bermacam-macam lagi pengetahuan.
untuk saya guna.
serta anda-anda guna.

jadi.



bukan cikgu sahaja mengajar saya.

Comments

Popular Posts